10 July 2021

TAK SAMPAI HATI LIHAT SUAMI & 6 ANAK - REBECCA MASUK CAMPUR BERI UBAT, KINI POSITIF COVID-19



"Pada Awal nya Saya Negative- Akhirnya MUMMYBECCA juga di sahKan #PositiveCovid19 setelah menjaga suami dan anak anak TerCINTA. Doain MUMMYBECCA Serta Seluruh Keluarga. SIHAT seperti Sedia Kala Ya semua, Secara JUJUR mummy juga Hampir tumbang semalam kerana tidak boleh tidur dan terFikir Dgn Sekelip Mata Segala nya Dari Sang PENCIPTA.

"TerLalu Laju, Bahaya Sgt2 #Covid19 ni.. Kesian Tgk Suami dan Anak Anak Semua.. Jadi MUMMYBECCA tak sampai hati, dan TerPaksa Masuk BerCampur dgn mereka Semua utk memberi ubat dan sebagainya.

"Demi Anak anak Dan Suami Yg TerLalu lemah, MUMMYBECCA Cuba KuatKan diri, Dan Akhirnya Malam Tadi, MUMMYBECCA juga Di sahKan #positiveCovid19," demikianlah tulis pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam apabila dia pula disahkan positif Covid-19 selepas suami dan enam anaknya positif wabak tersebut.

Klik untuk gambar besar



Rebecca berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya awal pagi tadi. Dalam entri tersebut, Rebecca turut memohon orang ramai untuk mendoakan agar kesihatan dia dan keluarga kembali sihat seperti biasa.

Justeru, meskipun negatif pada mulannya, Rebecca tidak sampai hati melihat keadaan suami dan enam anaknya, lalu terpaksa bercampur dengan mereka untuk urusan memberi ubat dan sebagainya.

Pada 8 Julai lalu, Rebecca memaklumkan suaminya, Datuk Norazam dan enam anak serta tiga pembantu rumah mereka disahkan positif Covid-19. Rebecca ketika itu juga memberitahu bahawa keadaan suaminya agak sedikit teruk berbanding yang lain.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: