10 July 2021

"SUKA TENGOK ORANG HAPPY... MEREKA AKAN DOAKAN KITA" - CIK B SERONOK KONGSI REZEKI



"Saya bersyukur Allah hantar saya untuk bantu mereka yang memerlukan. Suka tengok orang happy... apabila kita berikan sesuatu dan mereka hargainya, mereka akan doakan kita pula," itulah kata anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B.

Bercerita tentang misi bantuan yang dilakukan bersama adiknya iaitu Kacak atau Muhammad Eric Zaquan, 14, penyanyi lagu 'Tolonglah' itu berkata mereka cuba membantu masyarakat di sekitar Ipoh, Perak.

Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16, memberitahu dia menggunakan wang simpanannya sendiri bagi memberi barang keperluan asas kepada mereka yang memerlukan.

"Alhamdulillah, walaupun tak seberapa tapi CIKB & KACAK rasa berbesar hati dapat membantu. Insyallah perjuangan ini akan diteruskan & diperluaskan lagi. Doakan CIKB & KACAK ye. TERIMA KASIH," tulis Cik B di laman Instagram milkknya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, ramai yang masih terasa hati dengan kata-kata Datuk Seri Vida berhubung inisiatif kibarkan bendera putih. Malah anak gadisnya sendiri turut mengakui kenyataan ibunya itu agak kasar.

"Mama dengan pendapat mama, saya dengan pendapat saya. Tapi maksud dia sampai bila nak harapkan bantuan, kena fikirkan jalan keluar. Cuma saya rasa cara mama cakap dengan dialek Kelantan tu memang agak kasar," ujarnya.

Sebelum ini, Vida dikecam teruk apabila menegur masyarakat agar tidak malas dan semata-mata menunggu bantuan serta mengibar bendera putih untuk keluar daripada kesempitan sepanjang PKP.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: