14 July 2021

BILA FOTO UQASHA CURI TUMPUAN LAGI - EDIT SAMPAI DINDING BENGKOK



Jika sebelum ini foto yang dimuat naik pelakon Uqasha Senrose ketika majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-28 menerima teguran netizen selepas foto terbabit disunting secara keterlaluan sehingga lilin bengkok.

Terkini perkara tersebut berulang lagi. Kali ini Uqasha berkongsi foto bersama tunangnya, pelakon Kamal Adli pula tarik perhatian lagi. Foto yang dimuat naik Uqasha di laman Instagram miliknya itu menampakkan dinding bengkok kerana suntingan keterlaluan.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen,29, dilihat telah menyunting bahagian pinggulnya sehingga membuat garisan dinding di sebelah turut sama membengkok.

Klik untuk gambar besar



Dia yang sebelum ini pernah dikritik kerana menyunting bahagian tubuh badan dalam beberapa keping foto nampaknya sekali lagi mengundang cakap-cakap netizen.

Menjengah ruangan komen, peminat dilihat tampil mengusik Uqasha Senrose dan memberi sedikit pendapat mengenai suntingan tersebut. Malah, ada yang ingin membantu pelakon drama 'Perempuan Tanpa Dosa' itu membuat suntingan foto yang lebih baik dan tidak meninggalkan kesan ketara.

"Saya boleh tolong sunting kan lain kali..," tulis seorang peminat di ruangan komen.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: