14 July 2021

PETUNJUK DALAM MIMPI, TERJAGA SEMASA AZAN SUBUH BAWA PERHIJRAHAN ADAM CORRIE



"Saya masih ingat lagi.. pada waktu pagi sekitar 3-4 pagi pada 13/7/2007 iaitu 14 tahun yg lalu... Ketika itu saya belum Kembali pada fitrah (menganut Islam)... Saya nekad inginkan kehidupan yg lebih baik. Saya telah berdoa pada Allah;

"Ya Allah, sekiranya agama Islam adalah pegangan agama aku hingga mati. Berikanlah aku petujuk." Saya dpt petujuk dlm mimpi dan terjaga ketika azan subuh berkumandang.

"Paginya saya pergi Perkim mengucapkan 2 kalimah syahadah di hadapan Ustaz Amran Abdullah pada usia saya 39 tahun Alhamdulillah Allah telah berikan taufik dan hidayah kepada hambaNya yang mencari kebenaran dalam hidupnya.

"Semoga Allah terus kekalkan iman dan istiqamah dalam Islam dalm diri saya dan kita semua. Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang. #Adamcorrie #cinaHokkien #imMuslim," demikian tulis pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 52, yang berkongsi detik dia memeluk agama Islam, sekitar 14 tahun lalu.

Dalam entri tersebut, Adam meberitahu petunjuk dalam mimpi ketika terjaga semasa azan Subuh berkumandang membawa kepada penghijrahannya. Perkara ini didedahkan oleh pelakon terbabit menerusi perkongsian di Instagram dan Facebook miliknya.

Klik untuk gambar besar



Menurut Adam Corrie, selepas mendapat petunjuk dalam mimpi itu, dia pergi ke Pertubuhan Kebajikan Islam (Perkim) untuk proses memeluk Islam. Adam Corrie sebelum ini pernah memberitahu, dia sering berdoa pada waktu mustajab iaitu jam 3.30 pagi dan ia menjadi antara amalan rutinnya.

Bagaimanapun, pelakon berasal dari Pulau Pinang yang fasih berbahasa Melayu ini sering tampil dengan watak antagonis dalam drama atau filem lakonannya. Antara aksinya dalam filem yang paling meninggalkan kesan kepada penonton ialah karakter Dragon yang dilakonkan menerusi filem 'KL Gangster 1 dan 2'.

Selain itu, Adam Corrie juga berbakat dalam tarian dan pernah aktif sebagai penari profesional serta pereka tari Akademi Fantasia musim kedua dan keempat.

Untuk makluman, Adam berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad, 43, pada 2008 dan mempunyai seorang anak bernama Adam Fateh Lee. Pada 2017 lalu, Adam Corrie pernah dipilih sebagai 'Tokoh Saudara Kita' peringkat Selangor sempena sambutan Maal Hijrah 1439.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: