13 July 2021

"PERLU BANTUAN MAKANAN UNTUK 20 PELACUR..." - NAIM BIDAS PERAYU PERLEKEH SUMBANGAN



Penyanyi dan pelakon Naim Daniel menerusi laman Instagram telah memuat naik beberapa tangkap layar dan meluahkan rasa bengang apabila individu-individu terbabit sengaja memperlekehkan dan memperalatkan kemudahan yang dibangunkan untuk kemudahan golongan terjejas dan memerlukan bantuan.

"Perlukan bantuan makanan untuk 20 pelacur bawah saya... mereka lapar sampai sanggup jual c**** untuk RM10 sahaja," tulis tangkap layar tersebut.

Selain itu, ada juga yang turut memohon bantuan untuk mendapatkan telefon pintar jenis iPhone 12 Pro Max menerusi laman web mencari bendera putih dan food bank secara maya.

"Anak saya teringin nak iPhone 12 Pro Max boleh tak?" tulis individu tersebut.

Klik untuk gambar besar



Dek kerana itu, Naim tampil membidas balik: "Ini. Minda begini yang beranak pinak dikala dunia sedang tenat. Rakyat sedang melarat. Janganlah, jangan buat main dengan kesusahan orang," kata penyanyi lagu 'Sumpah' itu.

Hal itu telah menarik perhatian ramai termasuk rakan selebriti yang terkilan dengan sikap biadab pengguna berkenaan.

"Otak letak di lutut, bukan dekat kepala. - "Ada location dah tu, boleh singgah 'ziarah'. - "Yang buat benda ni mesti ingat kelakar kan. - "Tak payah layan musibat macam ni, keep it up with the work work Naim," itulah antara komen beberapa pengguna yang memberi reaksi terhadap hantaran Naim.

Untuk info, beberapa laman web telah dibangunkan untuk memudahkan pengguna mencari bendera putih dan food bank di kawasan sekitar iaitu Kita Jaga Kita, #BenderaPutih dan Sambal SOS.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: