07 July 2021

BILA RIHANNA, IBU ISMAIL LEON TAK YAKIN DENGAN VAKSIN



Bekas ratu cantik Rusia yang juga dikatakan sebagai bekas isteri Sultan Muhammad V, iaitu Rihanna Oksana Petra, mendakwa vaksin hanya akan menimbulkan kanser terhadap penerimanya.

"Saya mevaksinkan Leon bagi melawan penyakit yang berlainan kerana ia adalah jadual bagi kanak-kanak sepertinya. Ini kerana, vaksin ini telah diberikan pada kebanyakkan kanak-kanak sejak berdekad lalu disebabkan segalanya sudah diuji.

"Bagaimana dengan vaksin covid? Vaksin Pfizer akan menukar kod genetik manusia... ia bermakna 'hello kanser' dan penyakit 'autoimmune'.

"Sputnik seperti vaksin yang bagus, tetapi ia masih tidak jelas apa yang bakal berlaku kepada kami lima tahun selepas itu," kongsinya di laman Instagram.

Meskipun ada yang bersetuju dengan pandangannya, namun ramai juga yang menasihati Rihanna agar tidak merisikokan orang lain jika dia pergi mengembara kerana tidak divaksin.

Klik untuk gambar besar



"Semua cakap macam mereka ni Tuhan. Semua mahluk Allah, sekecil coronavirus juga dari Allah, tapi cara korang cerita ni macam korang tahu apa akan jadi lepas ni. Hello brader & sister, esok pun belum tentu lagi tauuu... korang punya kupasan mengalahkan genetic engineers yang buat vaksin tu sendiri.

"I suggest u go find some knowledge before u twist & turn the facts... almost half of the worlds population wants this pandemic to end took the vaccine and its that stupid tiny bunch of u thats making this impossible, and this bunch will then cause it to become an endemic," komen pelawatnya bernama manis_amin.

"Go and get your vaccine for yourself... If someone is having illness background, no vaccine is the better option. We have vaccinated in order to keep ourselves and families safe... Hope you are safe and to all our families and others," tambah hermanfukada.

Terdahulu, Rihanna pernah mendakwa mempunyai anak lelaki iaitu Ismail Leon hasil perkahwinannya dengan Sultan Muhammad V. Dia dilaporkan sah bercerai dengan talak tiga apabila peguam sultan mengantar surat tersebut kepada peguam Rihana pada Julai 2019.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: