04 July 2021

"DM SAYA BESERTA AKAUN BANK" - AZRINAZ RUNSING FIKIR KELUARGA HILANG PUNCA PENDAPATAN



"S•T•R•E•S•S Kenapa saya stress? Bila saya stress saya kemas bilik, peti sejuk atau dapur. Bila saya tak stress juga saya akan kemas satu rumah. Dan pada ketika saya kemas/susun barang2 dapur di bilik store yang simple ini.. fikiran saya bertambah runsing mengenangkan mereka yang hilang punca pendapatan. Yang tak dapat bayar duit rumah, loan bank, comitment lain. Hati saya remuk bila melihat ada ibu bapa yang tak cukup duit nak beli susu untuk anak kecil.

"Makanan boleh dihulurkan. Tapi rumah sape nak bayar? Kereta pula nanti kena tarik? Bil elektrik bil air? Barang2 keperluan lain macam mana? Saya nak bantu tapi saya tak boleh keluar. Saya ada bayi kecil dan orang tua serumah dengan saya. Saya tidak mampu untuk meletakkan diri saya dengan risiko. Mana saya nak cari mereka2 ni?

"Justeru itu, pada mereka yang betul2 memerlukan bantuan. Sila comment di bawah atau dm saya beserta dengan account bank anda. Saya cuba untuk menghulurkan bantuan dengan kemampuan saya. Tak banyak sikit sekurang-kurangnya dapat meringankan beban anda," itulah kata bekas personaliti televisyen (TV), Azrinaz Mazhar Hakim menerusi muat naik di laman Instagram.

Dalam entri tersebut, Azrinaz meluahkan rasa risau memikirkan nasib individu dan keluarga yang terkesan akibat pandemik Covid-19, Menurut Azrinaz, 42, dia tidak dapat membayangkan nasib mereka yang hilang punca pendapatan dengan menanggung komitmen bulanan.

Klik untuk gambar besar



Tambah ibu kepada empat cahaya mata ini, dia tidak dapat turun padang untuk keluarga membantu kerana mempunyai dua anak kecil dan ibu bapa yang tinggal serumah. Justeru itu, Azrinaz membuka bantuan kepada individu yang memerlukan untuk menghubunginya menerusi Instagram.

Untuk makluman, Azrinaz berkahwin dengan Fairoz Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Areesya Malaykha, 2, dan Atheerah Medina yang dilahirkan pada 26 Mac lalu.

Azrinaz turut mempunyai dua anak lagi, Pengiran anak muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 13, menerusi perkahwinan pertamanya dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah sebelum ini.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: