04 July 2021

JURURAWAT HINA RAMBUT ANAK MACAM JAGUNG - SHANDY AULIA 'HANTAR' 15 PEGUAM SAMAN



Dek kerana sikap kurang sopan netizen yang juga berprofesi sebagai jururawat itu dalam memberi komen di akaun Instagram, pelakon Indonesia Shandy Aulia nampaknya sudah tidak dapat menahan sabarnya lagi dengan hinaan itu yang disifatkan tidak beradab. Menurut laporan Tempo, Shandy menghantar surat guaman dengan diwakili oleh 15 orang peguam dengan diketuai oleh peguam selebriti terkenal Hotman Paris Hutapea.

Pelakon itu dia kerap berkongsi kisah perkembangan anak sulungnya, Claire Herbowo sejak melahirkannya lebih setahun lalu. Selain menerima kata pujian dan semangat dalam kalangan pengikutnya, ada juga netizen yang kerap meninggalkan komen kurang sopan mengenai cara didikan selain menghina anaknya itu.

Jururawat yang dikenali Aprilya Bakkara itu yang menggunakan akaun @lapriya19 telah mengkritik cara dia mendidik anaknya selain mencemuh anak kecil tersebut.

Sebelum ini, Laura dipercayai telah mendakwa anak perempuan Shandy, Claire tidak cukup gizi. Hal itu lantaran sehingga kini Claire belum memiliki rambut lebat seperti anak kecil perempuan lainnya.

Claire juga masih kelihatan belum cerdas seperti kanak-kanak pada usianya sekaligus mengatakan Shandy sebagai ibu yang kurang bergaul sehingga anaknya tidak pintar.

"Shandy sahaja yang selalu denial. Indikator kanak-kanak sihat adalah berat badan. Lalu tanda-tanda bayi kurang gizi adalah pertumbuhan rambut 'jagung'. Dalam kita lihat perkembangan Claire agak lambat.

"Tapi yakin sama saya, bila dia sekolah, kamu akan banyak nangis, kerana dia sangat sukar untuk dapat duduk dalam kelompok 20 pelajar di depan," tulis @lapriya19.

Menurut Shandy lagi, salah satu sebab dia bertindak membawa jururawat itu ke pengadilan adalah kerana sikap jururawat itu yang biadap bersama ibu mertuanya.

"Jadi yang sebenarnya marah dengan komen tersebut juga ibu mertua saya. Dia cari tahu dan kahirnya dapat. Dia jururawat dari Manado. Bila ibu mertua telefon dan bertanyakan mengenai tidakan kurang sopannya, jururawat itu tidak rasa bersalah. Dia sebaliknya mengatakan ibu mertua saya sudah tua dan bila-bila masa boleh meninggal dunia," cerita wanita berusia 34 tahun itu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: