26 July 2021

EMMA MAEMBONG DIKRITIK BAJU MAKIN KETAT & SENDAT SEJAK 'FREEHAIR'



Ramai peminat Emma Maembong berharap pelakon itu akan kembali berhijab seperti dulu, meskipun sudah hampir dua tahun episod buka tudungnya berlalu.

Baru-baru ini, Emma ada memuat naik video di aplikasi TikTok mengenakan baju berwarna biru. Namun, ramai yang kurang senang dengan pemakaian Emma yang dikatakan semakin ketat dan sendat.

Kata netizen lagi, ketika bertudung ramai yang menyokong pelakon itu namun kini netizen mendakwa Emma dilihat seolah bangga menayang dan membuka auratnya.

Klik untuk gambar besar



Namun ada yang mempertahankan Emma, ketika dia berhijab sebelum ini ramai yang tetap mengutuknya sehingga akhirnya pelakon itu membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen memberikan komen yang baik-baik dengan mendoakan agar Emma diberikan hidayah untuk kembali berhijab seperti sebelum ini.

Pada Februari 2019, Emma mengesahkan dia tidak lagi bertudung selepas lima tahun berhijab. Ujarnya lagi, bukan mudah untuk istiqamah dalam bertudung dan bersedia menerima kecaman netizen di atas keputusannya itu.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: