09 July 2021

INDIVIDU DM RUHAINIES MOHON MAAF SEKIRANYA MENGUMPAT, MINTA DIHALALKAN



Pelakon Ruhainies baru-baru ini ada memuat naik di Instagram Story dimana dia mendedahkan sering menerima permohonan maaf dari warganet yang sebelum ini ada 'mengata' dirinya.

Menerusi tangkap layar teks menerusi DM tersebut, individu terbabit mengakui baru memahami apa itu istilah ghibah atau mengumpat.

"Assalamualaikum puan, saya baru lepas faham pasal ghibah/ mengumpat. Jadi sekiranya saya ada mengumpat puan minta dihalalkan ya," tulis individu terbabit.

Klik untuk gambar besar



Bintang drama 'Cukup Derita' Itu bagaimanapun positif dan mengakui tidak marah atas perkara tersebut dan awal-awal sudah memaafkan.

"I selalu dapat DM yang mcm ni. Haaaaa mengata kite ape I tak marah you mengata I. Tapi you kata I "puan" tu I kisah. All jokes aside: sapa sapa rasa pernah kutuk / mengata I tu yg dah minta maaf, I maafkan. yg pernah mengata tapi tak minta maaf tu... I maafkan jugak," reaksi Ruhainies.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: