18 July 2021

INI NASIHAT 'PADU' NABILA HUDA UNTUK CAPRICE



"Cap.. cap.. Apa kau buat ni dik. Hancur hidup. Hancur future sebab kebodohan kau. Kita biar terkenal sebab bakat,kebijaksanaan dan kebaikan yang kite buat. Jangan terkenal sebab kebodohan atau kesilapan berulang yang kite buat dalam hidup.

"Mesti ada sebab kenapa Allah tak buka jalan tu. Yang nak buka aib orang tu kenapa. Kau beria nak menyatukan sebelum ini, end up kau pula nak memecah belahkan sesama Islam," antara petikan di Twitter dimana pelakon Nabila Huda yang menyifatkan tindakan penyanyi rap Caprice itu hanya menghancurkan masa depannya.

Sejak semalam hangat diperkatakan di media sosial kontroversi mengenai Caprice susulan konflik yang berlaku antaranya dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Dalam perkongsian tersebut, Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil turut meminta supaya Caprice reda sekiranya tidak diberi peluang untuk memasuki sempadan Gaza kerana pasti ada sebab di sebalik apa yang berlaku.

Klik untuk gambar besar



Menerusi satu lagi status, Abil turut menasihatkan artis di luar sana supaya menjaga adab, sentiasa rendah diri dan tidak bersikap kurang ajar. Kata Abil lagi, inilah masalah sering berlaku dimana seseorang itu akan lupa diri apabila jadi terkenal dan perhatian ramai.

Tidak hanya setakat itu, Abil turut memuat naik status berbaur sindiran terhadap Caprice mengenai pendedahannya mengambil ubat tidur kerana usaha jihadnya diganggu pihak luar.

Terdahulu, Caprice mendedahkan akaun Instagram miliknya disekat Ebit Lew serta memberi bayangan bahawa pendakwah itu punca dia tidak dibenarkan memasuki Gaza.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: