"Lambat lagi. Jodoh semua di tangan Tuhan," demikian kata Shuk Sahar mengenai isu yang dibangkitkan isterinya semalam.
Semuanya gara-gara isu rumah tangga pengacara dan pelawak itu yang kembali bergolak susulan isterinya Rossalennah Natassyiah, mendedahkan menerima ugutan daripada wanita yang debelum ini didakwa mengganggu rumah tangga mereka iaitu Farah Salleh.
"Sebenarnya tidaklah seteruk macam yang diuar-uarkan. Saya dengan isteri okey sahaja. Sebenarnya, memang ada ‘sesuatu’ yang berlaku ketika itu. Tetapi setakat ini semuanya masih okey," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun, Shuk mendakwa tindakan isterinya yang memuat naik beberapa mesej dan gambar berbaut ugutan itu mungkin disebabkan terbawa-bawa dek emosi.
Malah dakwanya lagi mesej perbualan dan gambar ugutan bunuh diri yang dikirimkan kepadanya itu adalah kiriman lama yang diterimanya sebelum ini iaitu ketika berlaku masalah kali kedua sekitar 2020.
Sehubungan itu, menurut Shuk tiada apa yang harus diperbesarkan memandangkan hubungannya dengan isteri baik-baik sahaja. Mengenai isterinya yang mengizinkannya berkahwin lagi, Shuk hanya berkata Jodoh di tangan Tuhan.
Bagi yang terlepas isu ini, Rossa sebelum ini telah memuat naik paparan skrin mesej seorang wanita yang menghantar gambar sebilah pisau. Namun masih samar apakah tujuan wanita itu berbuat demikian terhadapnya.
Kemudian secara tiba-tiba, Rosssa bersedia pula untuk bermadu dan meminta wanita itu dan memintanya supaya menerima keluarganya jika mahu berkahwin dengan Syuk.
Melihat perkembangan terbaru itu, ramai netizen marah dan mengeluh kerana ia seolah-olah ibarat 'pisang berbuah dua kali' kerana mendakwa Syuk seperti tidak serik.
"Tahniah pada Syuk , tak habis2 jadi rebutan dua wanita, walau rupa tak setampan Aaron aziz, Zul arifin dan tak berharta macam Sultan Brunei. Sungguhnya Allah maha adil, dalam kekurangan ada di beri kelebihan. Ingat lah Allah Syuk," komen pengguna Facebook Wafina Haron.
"Belum khawin dah ugut ugut pisau? Perempuan macam tu nak dijadikan isteri? Tak takut ke bini dia nak bermadu dengan perempuan macam ni?" komen Inawati Tati, pula.
"Bosannnn nya la... kalau aku lame dah tinggal dari nak semak2 kepala otak macam nie... ehh rela pula nak bermadu dengan perempuan tak betul macam ni... Dah kenapa....lepas tu up socmed... Dear bini syuk... Tak salah jadi janda dik... Silap2 lepas jadi janda... emmm ramai yang lagi elok nak kat ko," tegur yang lain.
________________________
No comments:
Post a Comment