"Ada masa, kita senyap, tapi dipijak. Kata sesetengah orang, jadi artis / selebriti itu perlu kebal, tahan maki, tahan kecam. Walhal mereka lupa, kita sama-sama manusia.
"Kerana selagi kita punya bil hendak dibayar, mulut yang hendak disuap, keluarga yang hendak dijaga, kereta yang hendak diisi minyak, kucing yang hendak diberi makan, kita semua sama.
"Maafkan saya sekali lagi, saya tidak suka begini disini. Maruah tetap maruah," itulah luahan penyanyi dan pelakon Naim Daniel.
Naim berkata demikian selepas seorang individu di media sosial menyentuh hal berkaitan bapanya. Penyanyi lagu 'Sumpah' itu tampil menempelak netizen berkenaan.
Klik untuk gambar besar
Malah, Naim turut berkongsi tangkap layar perbualannya dengan individu tersebut menerusi satu posting di laman Instagram miliknya baru-baru ini. Jelasnya, dia tidak sering berkelakuan begitu ketika menggunakan media sosial, tetapi apabila menyentuh hal maruah, dia terpaksa.
"Saya tolak ketepikan sebenar etika menggunakan media sosial. Sebelum ada yang komen kata 'kau artis kenalah contoh yang baik' saya nak ingatkan awal-awal, jangan pandai-pandai meletak sempadan antara artis dan mereka yang mengerjakan occupation yang lain.
"Saya ulang, saya adalah manusia yang paling malas, malas nak layan makian berbaur kesat, tapi kadangkala ada juga spesis yang perlu kita ajar cara yang sama mereka berikan kepada kita," ujarnya.
Tambahnya, dia juga akan memadam posting berkenaan, cuma ketika ini dia mahu dedahkan bahawa dalam masyarakat kita ada lagi orang yang bersikap sedemikian.
________________________
No comments:
Post a Comment