05 July 2021

MUAT NAIK FOTO KAIN KETAT, AMEERA KHAN CETUS TANDA TANYA - "TERSALAH POST KE?"



Baru-baru ini, personaliti media sosial popular Ameera Khan yang juga adik kepada selebriti terkenal Noor Neelofa telah membuatkan pengikut laman Instagram miliknya tertanya-tanya selepas memuat naik sekeping gambar berkain ketat.

Posting yang tidak menunjukkan raut wajah itu menjadi persoalan berikutan Ameera dilihat seakan sudah berhijab. Bersama hantaran tersebut, pemilik akaun Little Miss Khan menyertakan emoji ringkas Teddy Bear dan zzz (tidur).

Di ruangan komen, orang ramai mempersoalkan tindakan Ameera yang didakwa mereka tidak bersesuaian dengan imej yang dibawakan. Pengikut turut mempersoalkan adalah selebriti media sosial popular ini tersilap membuat posting di Instagram.

Tidak kurang juga yang menasihati gadis ini supaya berpakaian longgar supaya tidak mendatangkan fitnah: "Tersalah post ke apa ni?" salah satu komen pengikutnya.

Bagaimanapun, setakat ini Ameera masih belum memberi sebarang respon kepada pertanyaan yang diajukan pengikut.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: