10 July 2021

"MAK 1ST TIME ADMITTED.." - TAK DIBENARKAN MELAWAT, LAN SOLO MOHON DOA



Menerusi muat naik di laman Instagram, penyanyi Lan Solo telah berkongsi keadaan ibunya yang sedang menerima rawatan di Hospital Shah Alam, Selangor. Lan turut mengakui berasa amat bimbang dengan tahap kesihatan ibunya ibunya itu.

Menurut Lan, buat masa ini, ibunya itu sedang ditempatkan dibawah penjagaan rapi dan dia sekeluarga juga difahamkan masih lagi tidak dibenarkan untuk melawat.

"Dugaan untuk mak dan anak-anak. Mak 1st time masuk wad. Dengan situasi sekarang. Tak boleh teman. Tak boleh jaga kat wad. Tak boleh ada pelawat dengan pelbagai prosedur yang kena ikut. Sebagai anak-anak, kami terpaksa akur. Allah ada menjaga," tulisnya.

Bagaimanapun, Lan memberitahu, dia kini mampu menarik nafas apabila doktor memaklumkan tahap kesihatan ibunya ketika ini sedang menunjukkan tanda-tanda positif.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulillah petang tadi dapat kol daripada hospital. Ada juga result yang baik untuk mak. Selain dari penyakit-penyakit yang dah tersedia ada.

"Cuma mak masih perlukan pemantauan doktor lagi untuk beberapa hari. InsyaAllah lepas beberapa result lagi keluar dan kesihatan mak semakin pulih. Mak mungkin boleh balik. Terus doakan MAK ye," jelasnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga ibu bekas vokalis kumpulan Kristal itu lekas sembuh.

"Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Amin. - "Semoga maknya sembuh seperti biasa dan dipermudahkan urusan oleh Allah. - "Semoga diangkatnya penyakit ibu Lan Solo dan dimudahkan segala urusan Lan. Ameen. - "Semoga dipermudahkan segalanya dan cepat sembuh buat bonda tersayang saudara," antara komen-komen netizen di laman Instagram.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: