23 July 2021

PELAKON KUZA SUDAH SEBULAN ALAMI SAKIT LUTUT, SUKAR BERSILA



Selepas mengalami kecederaan 'chondral' pada bahagian kaki kanan, pelakon Kuza menderita sakit lutut hampir sebulan. Kuza atau nama sebenarnya Tengku Sariza Tengku Muzani, 48, berkata, kecederaan itu menyebabkan lututnya tidak dapat dibengkok selain sukar untuk bersila.

"Saya kena sakit itu ketika sedang berjalan. Ingatkan sakit biasa saja tapi ia tidak hilang dan lama-lama jadi bengkak selain ada cecair dalam lutut. Lutut saya mula tak boleh nak bengkok dan susah bersila. Saya cuba urut sendiri dan sapu ubat tapi tidak juga hilang selepas hampir sebulan," katanya.

Kuza akhirnya membuat keputusan mendapatkan rawatan doktor dan hasil pemeriksaan mendapati bahagian dalam lutut memang ada kecederaan. Menurut Kuza, dia sudah menjalani pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan x-ray serta prosedur wajib lain.

Katanya, kecederaan itu mengambil masa beberapa minggu untuk sembuh. Dalam pada itu, dia juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil mudah mengenai sakit lutut seperti itu.

"Daripada pengalaman saya, sesiapa yang ada rasa sakit lutut dan tak juga baik-baik, lebih baik pergi jumpa doktor pakar. Jangan dibiarkan sebab kalau sudah teruk akan mudarat pada diri kita," ujarnya.

Terdahulu, Kuza berkongsi gambarnya bertongkat dan sukar berjalan menerusi Instagram. Dia turut dihujani komen mendoakan supaya cepat sembuh oleh rakan artis serta pengikutnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: