"Dia kalau sakit, dia diam je tak banyak cakap... dia kena ada sokongan, dulu mak dia paling banyak beri sokongan tapi sekarang dah tak ada. Sekarang di rumah dia hanya berehat, banyak tidur sajalah. Adik beradik dan kawan-kawan pun tak boleh datang, jadi semangat dia pun down.
"Ezad jenis orang yang kalau sakit tak mahu orang tahu, kawan-kawan ada nak video call untuk melihat keadaan terkini tapi dia tak nak, belum bersedia kerana belum sihat. Bulan ni macam-macam ujian... sekarang ni sakit time Covid-19 kena ada duit.
"Untuk pembedahan abang Ezad nak dekat RM27,000, jadi saya minta rayuan dekat doktor pakar dan mereka faham dapatlah sedikit pengurangan," kata isteri penyanyi Ezad Lazim.
Klik untuk gambar besar
Selesai menjalani pembedahan akibat masalah gastrik kronik atau Gerd pada Khamis lalu, Ezad Lazim kini masih lagi berehat di rumah sehingga sembuh sepenuhnya.
Menurut isteri penyanyi lagu 'Demi Cinta' ini, Ezad Lazim berada dalam keadaan baik, namun emosinya sedikit terganggu kebelakangan ini.
________________________

No comments:
Post a Comment