12 July 2021

POSITIF COVID-19 - AFGAN PERCAYA MAMPU LAWAN SEBAB SUDAH DIVAKSIN



"Jadi ternyata saya dijangkiti Covid. Ini hari keempat saya, sekarang dan setakat ini tidak mengalami gejala apa pun," kongsi penyanyi terkenal Indonesia, Afgan, 32, yang mengesahkan dia positif Covid-19 sejak beberapa hari lalu dan kini menjalankan kuarantin sendiri di rumahnya, menerusi laman Instagram miliknya.

Afgan bagaimanapun bersyukur dia tidak mengalami sebarang simptom kronik virus itu dan berusaha menjaga kesihatan diri. Penyanyi 'Terima Kasih Cinta' itu percaya dirinya masih mampu melawan jangkitan itu kerana sudah divaksinasi. Dia turut menyeru orang ramai agar segera mendapatkan vaksin juga.

"Mungkin kerana saya sudah divaksin, jadi semuanya, tolong dapatkan vaksin anda. Kerana jikalau kamu diserang virus itu, ia tidak akan seburuk itu (simptom)," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza tetap melakukan senaman di rumah untuk tetap aktif. Namun ujarnya dia cuma melakukan aktiviti yang ringan saja.

"Jadi, beginilah cara saya (senaman) tetap aktif selama kuarantin, hanya cuba melakukannya secara ringan dan mudah. Buat anda yang kena Covid-19 tanpa gejala seperti saya, kalau mahu sedikit senaman lakukanlah dengan ringan. Kita hanya mahu endorphin itu terus bekerja, pasti tidak akan buat kamu lelah," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: