22 July 2021

ZIZAN AKUI MENYESAL BELI KERETA FERRARI : "BELI RUMAH LAGI BAGUS"



Ibarat kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna... demikian halnya dengan pelawak dan pelakon Zizan Razak yang mendedahkan penyesalan terbesar sepanjang kehidupannya iaitu membeli kereta mewah, Ferrari pada usia muda.

"Beli kereta mewah awal-awal dulu," tutur Zizan atau nama sebenarnya Muhammad Razizan Abdul Razak yang menyesal.

Pelakon filem 'Polis Evo' ini memaklumkan, apa yang lebih penting sebenarnya adalah memiliki aset hartanah terlebih dahulu dan itu antara perkara paling bagus.

Ujar Zizan lagi, ada sesetengah orang datang minta pendapat daripadanya mengenai pembelian kereta GT-R atau pun Mustang, manakah satu yang lebih baik.

"Ada sesetengah orang datang kepada saya (minta pendapat) sama ada nak beli GT-R atau Mustang, saya jawab 'no'. Nasihat saya tak payah beli namun pada masa sama, kalau ikut (kemampuan) dia, tak adil kalau dia tak beli sebab itu mungkin target atau impian.

Klik untuk gambar besar



"Mungkin bagus mungkin tidak. Bagi saya, tak bagus untuk masa depan seseorang. Beli rumah, that's like the best thing ever (Itu benda paling bagus)," katanya.

Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu berkongsi perihal rawak itu dalam satu siaran langsung (live) Instagram bersama Joe Flizzow, Fakkah Fuzz dan usahawan, Pak Din baru-baru ini.

Ujar Zizan, memiliki kediaman sendiri adalah satu pelaburan yang bijak berbanding tergesa-gesa membeli kereta mewah sewaktu berada di zaman puncak populariti.

"Rumah untuk hujung hari sementara kereta sekejap lagi GTR, selepas itu GTO dan mungkin GTB. Macam-macam jenis yang akan keluar (ketawa). Melabur kerana apabila kita tutup mata, duit tetap berjalan. Duit bekerja untuk kita," jelasnya.

Terdahulu pada tahun 2015, Zizan dilaporkan telah membeli sebuah kereta mewah Ferrari model F430 berwarna kuning dianggarkan berharga RM1.5 juta selepas sahabatnya, pelawak Tauke berkongsi sekeping foto di laman Instagram.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: