12 August 2021

ABANG IPAR SHUIB DITIDURKAN BAGI REHATKAN PARU-PARU - ISTERI TURUT POSITIF COVID-19



"Fidous sudah ditidurkan pukul 5 pagi tadi sebab doktor nak rehatkan paru-paru dia... sebelum ditidurkan oksigen 95 peratus. Dia dikejarkan ke hospital pada petang Selasa kerana paras oksigen 85 peratus," jelas pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu mengenai keadaan terkini abang iparnya, Ahmad Firdous Raissuddin.

Selepas dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Serdang, Selangor akibat Covid-19 pada Selasa, abang kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah telah ditidurkan bagi merehatkan paru-parunya.

Shuib sebelum ini meminta orang ramai mendoakan kesihatan Ahmad Firdous agar diberi kesembuhan: "Assalamualaikum semua, Allah maha besar. Baru dapat panggilan abang ipar saya dimasukkan ke ICU. Saya mohon doakan Ahmad Firdous Raissudin diberi kesembuhan segera. Amin," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkata, Ahmad Firdous ditidurkan sejak jam 5 pagi Khamis bagi merehatkan paru-parunya selepas paras oksigen 95 peratus.

Sementara itu, isteri Ahmad Firdous turut disahkan positif COVID-19. Namun, dua anak pasangan itu tidak dijangkiti virus berkenaan. Ahmad Firdous dan isteri disahkan positif dijangkiti virus Covid-19 pada 2 Ogros lalu iaitu empat hari selepas keluarga Siti Sarah disahkan positif. Sebelum ini, Ahmad Firdous dan isteri sudah menjalani kuarantin kendiri selama lapan hari di rumah.

Untuk makluman, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir disebabkan komplikasi berpunca Covid-19 pada Isnin lalu selepas tiga hari ditidurkan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: