05 August 2021

AERIL ZAFREL DIJANGKITI COVID-19 KALI KE-2: "DUDUK RUMAH PUN POSITIF?"



"Hmmm positive covid lagi. Tahun ni je dah 2 kali kena. Padahal duduk rumah je. Ada yg mcmni? Duduk rumah pun positif?" demikianlah kata pelakon Aeril Zafrel yang memaklumkan dia sekali lagi positif Covid-19.

Aeril menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya yang turut memberitahu, tahun ini sahaja sudah dua kali dijangkiti virus tersebut.

Dalam entri tersebut juga, Aeril turut meluahkan rasa hairan bagaimana dia dijangkiti wabak berkenaan meskipun hanya duduk di rumah. Aeril turut bertanyakan kepada pengikutnya sama ada jika ada di antara mereka turut berdepan perkara sama.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Aeril itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar pelakon itu kembali sembuh seperti biasa dan berharap keadaan negara kembali pulih seperti biasa.

Terdahulu, suami kepada pelakon Wawa Zainal itu disahkan positif Covid-19 kali pertama pada Januari awal tahun ini selepas menjalani saringan di sebuah klinik swasta di ibu kota.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: