05 August 2021

IRWANSYAH REDA IBU MENINGGAL DUNIA AKIBAT COVID-19 SELEPAS AYAH



Penyanyi dan pelakon Indonesia, Irwansyah telah berdepan ujian berat apabila ibunya pula pergi menghadap Ilahi semalam. Difahamkan, arwah ibunya, Herliana Sanusi yang sebelum ini koma namun sempat sedarkan diri baru-baru ini dilaporkan meninggal dunia.

"Innalillahi Wainnalillahirojiun. Semoga alharhum Mama Herliana Binti Sanusi husnil khotimah. Dilapangkan kuburnya, diterima amal ibadahnya dan disiapkan surgaNya Allah. Saya masih berjuang dan mama minta anak-anaknya juga berjuang buatnya," ucap Irwansyah menerusi satu video di YouTube.

Sebelum ini, Irwansyah sempat berkongsikan mengenai keadaan ibunya yang telah sedar dari koma. Malah sebelum ini ibunya kritikal sehingga memerlukan penderma darah.

Klik untuk gambar besar



Irwansyah sendiri sudah pasrah untuk melepaskan ibunya dengan menanggalkan segala alat yang dipasang ketika koma. Namun, dengan kuasa Allah ibunya tiba-tiba sedar dari koma.

"Mama tiba-tiba koma dari koma selepas mendengar ayat suci Al–Quran. Mama angkat tangan untuk beri signal kepada jururawat bahawa dia masih hidup dan sedang berjuang," ujar Irwansyah.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: