05 August 2021

OKSIGEN MENURUN, SITI SARAH DIKEJARKAN KE HOSPITAL



Sepatutnya Siti Sarah memotong gelang kuarantin hari ini, tetapi kemudian terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), gara-gara tahap oksigennya semakin menurun.

Untuk info, Sarah telah di bawa ke hospital menaiki ambulans petang tadi. Keadaan kesihatannya dilaporkan tidak mengizinkan dirinya untuk berada di rumah kerana mengalami batuk.

"Saya mohon doakan isteri saya, Siti Sarah Raissuddin.

Klik untuk gambar besar



"Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan sehala urusan. Allah Maha Segalanya," ujar Shuib dipetik sebagai berkata di IGnya.

Melalui perkongsian itu juga, Sarah kelihatan tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anaknya bagi mengucapkan selamat tinggal.

Jom doakan semoga semuanya dipermudahkan untuk Sarah dan moga bayi dalam kandungannya sihat.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: