05 August 2021

MASIH DI ICU - FAZLI ZAINAL KENA PAKAI 'DOUBLE OXYGEN'



Penyanyi Fazli Zainal yang sebelum ini dilaporkan positif Covid-19 baru-baru ini, masih lagi ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, di sini. Fazli ketika dihubungi berkata, dia juga masih lagi memerlukan bantuan oksigen.

"Masih lagi di ICU. Saya masih lagi bergantung dengan 'double oxygen'. Setakat ini, doktor masih perlu pantau keadaan saya setiap hari," katanya.

Dalam masa sama, Fazli memohon doa daripada peminat dan kenalan agar segera diberi kesembuhan: "Saya tidak dapat memberikan banyak jawapan dalam keadaan sekarang. Doakan saya ya," tuturnya.

Terdahulu, Fazli yang popular menerusi lagu 'Harapan' itu dikejarkan ke Hospital Ampang selepas tahap oksigennya menurun sehingga 75 peratus pada 31 Julai lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: