05 August 2021

MAN KIDAL & ISTERI BEBAS COVID-19: "40 TAHUN BERSAMA, INI KALI PERTAMA SUAMI SAKIT TERUK..."



Pemain gitar lagenda tanah air, Man Kidal dan isterinya, Norlaila Yusof kini sudah bebas daripada jangkitan Covid-19. Namun begitu, isteri Man Kidal bagaimanapun risau dengan keadaan suami yang belum pulih sepenuhnya.

"Alhamdulillah, kami berdua sudah bebas daripada jangkitan Covid-19, tapi keadaan kesihatan suami tidak mengizinkan apabila malam tadi dia pitam dan menggigil.

"Selama 40 tahun kami bersama, ini kali pertama saya melihat dia jatuh sakit teruk disebabkan Covid-19. Tapi apapun mohon doakan semoga abang Man kembali sihat dan dipermudahkan segala urusan," katanya.

Sementara itu, Norlaila enggan mengharapkan bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dihulurkan sepanjang hayat namun bersyukur dengan kelulusan untuk meletakkan mereka dalam kategori asnaf sementara.

Klik untuk gambar besar



Norlaila berkata, minggu lalu LZS sudah menghulurkan sumbangan secara terus ke akaun bank suaminya dan membayar separuh duit sewa rumah.

"Kalau sudah kembali pulih nanti, kami pun tak nak menyusahkan sesiapa. Sebenarnya saya baru saja menerima panggilan daripada pihak LZS yang memaklumkan saya akan menerima surat kelulusan dalam waktu terdekat ini untuk mengetahui senarai bantuan yang diberikan.

"Namun saya bersyukur dengan bantuan yang sudah diberikan LZS setakat ini kerana ia sudah cukup memadai serta meringkan beban kami sekeluarga yang terkesan akibat Covid-19 ini," jelasnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: