05 August 2021

"TERIMA KASIH MENDOAKAN" - SHUIB JELAS SARAH MASIH BELUM STABIL



"Alhamdulillah. Semoga ibu semakin sihat. Walaupun kadang-kadang oksigen masih tak stabil, tapi ibu kena kuat semangat, okay. Terima kasih kepada yang mendoakan. Semoga kita semua kuat dalam menempuh ujian Allah.

"Allah uji, Allah sayang," kata pelawak Shuib yang berkongsi keadaan isterinya juga penyanyi, Siti Sarah dimana dia masih belum stabil selepas dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, semalam akibat tahap oksigen menurun.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Shuib berkongsi tangkap layar panggilan video bersama Sarah dan menulis kata-kata semangat buat penyanyi lagu 'Kesetiaan' itu.

Dalam entri tersebut, Shuib turut memohon pengikutnya mendoakan isterinya dan berterima kasih pada mereka yang mendoakan mereka sekeluarga sejak dari awal disahkan positif Covid-19.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang mendoakan agar Sarah dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan baik dan dipermudahkan urusan.

Sementara itu, Sarah menerusi hantaran di Instagram Story memuat naik gambar anak-anaknya dan meluahkan rasa rindu kepada mereka: "Rindu anak-anak ibu. Ya Allah, lindungilah suamiku, anak-anakku dan keluargaku," ujarnya.

DIfahamkan, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin, semalam, namun mengalami batuk sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: