05 August 2021

BILA 'BABY' DALAM KANDUNGAN 20 TAHUN LALU DM SAIFUL APEK



Pelawak Saiful Apek menerusi muat naik di laman Instagram telah berkongsi tangkap layar seorang individu yang mengatakan pernah 'disapa' dirinya ketika masih dalam kandungan. Menerusi perkongsian itu, individu terbabit menceritakan bagaimana pertemuan itu berlaku sekitar 20 tahun lalu.

"Sebenarnya, saya sudah lama nak DM (mesej) Uncle, tapi asyik lupa dan saya rasa, Uncle takkan buka mesej saya. Tapi tak mengapa, hari ini saya nak mesej juga. Kalau Uncle masih ingat 20 tahun lalu, Uncle pernah ada lakonan atau bercuti di Kota Kinabalu, Sabah dan Uncle singgah ke satu kedai cenderamata.

"Seorang pekerja di kedai itu sedang hamil dan itu adalah ibu saya. Uncle minta pekerja di situ jangan buat bising, 'Shhh. Ada 'baby' tengah tidur' sambil pegang perut ibu. Saya rasa Uncle dah dapat agak. Sayalah 'baby' itu," kata individu itu.

Individu itu juga mendoakan agar Saiful Apek diberikan kesihatan yang baik: "Sekarang saya sudah dewasa. Tahun ini, saya dah 21 tahun dan saya harap, Uncle sentiasa sihat," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Menerusi hantaran dimuat naik itu juga, Saiful Apek menulis mengenai nikmat kehidupan dan saling melengkapi sesama manusia.

"Saya terfikir, sejauh mana dapat melangkah dalam kehidupan kalau beberapa tahun lalu, saya hanya fikirkan mengenai diri sendiri sahaja.

"Seketul bata tidak mampu menjadi sebuah bangunan. Manusia memang tidak sempurna, tapi bila kita saling melengkapi kelemahan masing-masing dengan kekuatan masing-masing, kita sebenarnya sedang menuju kesempurnaan," katanya.

Hantaran itu mendapat hampir 16,000 'like' di samping menyentuh hati ramai pengikutnya termasuklah beberapa rakan artis antaranya Fasha Sandha, Ning Baizura, Mardiana Alwi dan ramai lagi.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: