02 August 2021

AL-FATIHAH - IBU AMY SEARCH KEMBALI KE RAHMATULLAH



"Doakan ibu saya Fatimah Idris yang kembali ke Rahmatullah sebentar tadi (semalam). Arwah menghembuskan nafas terakhir di rumah anak saudara di Kota Damansara pada jam 6 petang dan disahkan oleh penolong kanan Hospital Sungai Buloh jam 10.45 malam.

"Insya-Allah arwah Mak akan dimandikan esok (hari ini) jam 8 pagi di Masjid Kuning Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 Kota Damansara," demikian tulis penyanyi rock terkenal, Amy Search, 63, yang berkongsi berita duka menerusi beberapa platform media sosialnya mengenai pemergian ibu tercinta, Fatimah Idris yang kembali ke Rahmatullah, pada jam 6 petang semalam.

Difahamkan, ibu Amy disahkan meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat sakit tua. Amy dalam masa sama, memohon doa daripada peminat dan rakan-rakannya di platform media sosial.

Sementara itu, pelakon dan pengacara, Nabila Huda yang juga anak kepada Amy turut berkongsi rasa sedihnya di laman Instagram: "Abil baru saja kehilangan seorang lagi nenek. Fatimah Idris. Al-Fatihah," kata pelakon filem 'Munafik' itu.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: