Sebelum ini, suami kepada Lana iaitu David Mackienzie sudah mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan kepada pengarah dan pelakon, Michael Ang yang didakwa sudah mengeluarkan kenyataan salah terhadap isterinya.
Ditanya berhubung perkara tersebut, Michael atau lebih mesra disapa sebagai Mike bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perbalahan antaranya dengan Lana.
Michael ketika dihubungi berkata, dia kini hanya menunggu surat saman daripada peguam pelakon itu seperti mana: "Tak ada apa-apa komen. Tunggu saja surat saman dia," katanya.
Klik untuk gambar besar
Surat tuntutan yang bakal dihantar kepada Michael adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan 'perbalahan' yang tercetus membabitkan Lana dan pengarah itu, kata David.
Menurut David lagi, dia berasa kesal dengan tindakan pengarah itu yang melabel isterinya sebagai seorang yang 'bimbo' dan tidak menyokong petugas barisan hadapan.
Terdahulu, Lana menerusi perkongsian di laman Instagram menempelak Michael yang dikatakan telah masuk campur di atas kenyataannya berkaitan mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
________________________

No comments:
Post a Comment