02 August 2021

KOMEN ISU SAMAN NANA - ZULIN AZIZ STRESS AYATNYA DIMANIPULASI, KENA FITNAH



Pelakon Zulin Aziz baru-baru ini telah menerima kecaman yang teruk daripada netizen, dek kerana menulis satu komen ringkas tentang isu tuntutan RM200,000 oleh penyanyi Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana terhadap rakan-rakannya.

Rata-rata melahirkan rasa kurang senang kerana beranggapan Zulin, 32, cuba masuk campur dalam konflik yang berlaku antara Siti Nordiana, Lan Solo, Syura Badron dan tiga yang lain iaitu pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin dan jurusolek, Aida G. Bagaimanapun menurut Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, dia tidak berniat untuk menghentam mana-mana pihak.

"Ayat saya tu bukan nak menghentam sesiapa cuma nak mereka berbaik sebab saman-menyaman antara kita ini tak selesaikan masalah. Industri kita kecil. Semoga berbaik. Yang lain saya tak mahu komen apa-apa. Penat dah orang manipulasi ayat kita," kata Zulin.

Menerusi komen tersebut, Zulin didakwa seakan-akan mempersoalkan nilai RM200,000 yang dituntut Siti Nordiana atau mesra disapa Nana.

Klik untuk gambar besar



"Hmmmm... nak buat apa 200k tu... dapat ke ubat hati yang terluka," tulis Zulin yang kemudiannya mengambil keputusan memadam komen tersebut.

Terkini menerusi kenyataan di Instagram, Zulin yang juga bergelar seorang penyanyi itu mendakwa tulisannya itu dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Terima kasih yang memfitnah saya. Terima kasih manipulasi ayat saya. Terima kasih semua yang hina saya. Orang negatif akan sentiasa nampak benda negatif. Dia tak faham, dia cuma nak hentam.

"Percayalah akan ada lagi manusia yang tetap dengan cara dia, pemahaman dia walaupun tuan badan faham apa saya cakap. Tak marah pun kalau tak setuju, tapi jangan fitnah. Janganlah cakap perkara tak dicakap.



"Aku tak pernah dengki dengan Siti Nordiana. Aku sokong saja apa dia buat selama ini ha. Pendapat kecil aku kalau tak boleh pakai, abaikan. Teruskan apa yang terbaik untuk masing-masing.

"Masing-masing ada sebab masing-masing. Aku tak menyebelahi mana-mana tapi aku sokong mereka berbaik. Aku doakan. Cukuplah manipulasi ayat aku dengan otak negatif.

"Aku tak faham apa yang korang faham dengan ayat aku itu. Doakan mereka lebih baik. Akhir sekali, aku nak fokus dengan kehidupan aku. Suka hati korang la nak fikir negatif. Move on," katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama 'Penjara Janji' ini turut memuat naik paparan skrin perjelasannya kepada Siti Nordiana berhubung isu berkenaan.



"Aku tertekan orang cakap aku kutuk kau. Aku tulis RM200,000 itu bukan boleh sembuhkan hati terluka. Tapi orang cakap aku kutuk kau... cakap aku dengki subhanallah.

"Tak apa la, Allah tahu niat aku. Aku cakap sebaliknya... aku minta maaf kalau ada apa-apa ke yang terasa. Aku bukan team mana-mana. Sama juga aku cakap kat Syura. Aku tak sokong dia buat Live itu," ujar Zulin.

Siti Nordiana turut membalas mesej tersebut dengan mengatakan dia memahami apa yang cuba Zulin sampaikan dan bersyukur aktres itu menjelaskan sendiri perkara itu kepadanya.

"Aku faham babe. Aku pun minta maaf. Kau dah DM aku ni pun aku rasa dah bersyukur sangat. Moga Allah pelihara kita babe. Insya-Allah. Amin," jelas Nana.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: