02 August 2021

ISTERI LAN: "KAMI SEDIA BERI KERJASAMA KALAU LA NILAI RM1 JUTA BAYARAN PERSAHABATAN"



"Lama juga saya berdiam diri. Saya biarkan semua kecaman, caci maki terhadap kami. Walau masih ada yang waras berfikir mereka juga dikecam! Saya sudah jangka luahan kami dimanipulasi. Kalau bukan kerana adanya provokasi yang dimulakan pasti semua ini tak terjadi. Tapi dah jadi dah pun.

"Saya manusia biasa dan punya perasaan bila asyik di ask soalan provok. Setahun lebih kami mencari dan minta penjelasan kenapa kami diperlakukan begini, senyap, sunyi, sepi.

"Kami sedia beri kerjasama kalau la nilai RM1 juta itu adalah bayaran sebuah persahabatan," itulah kata isteri kepada penyanyi Lan Solo iaitu Sheila Hassim yang meluahkan rasa terkilan apabila kata-katanya bersama tiga rakan yang lain termasuk suaminya dimanipulasi.

Klik untuk gambar besar



Kemelut antara penyanyi Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana dengan Lan Solo dan Syura Badron bersama tiga lagi individu masih berterusan apabila mereka dituntut membuat permohonan maaf serta membayar sebanyak RM200,000 setiap seorang.

Sheila menjelaskan mengenai bayaran yang dituntut Nana hanya menyatakan menuntut permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam tetapi tidak menjelaskan ianya berserta wang RM200,000 yang perlu dibayar oleh mereka.

Terdahulu, Siti Nordiana terpaksa meneruskan tindakan saman terhadap kedua penyanyi serta tiga lagi individu selepas tiada permohonan maaf secara terbuka dibuat seperti yang dituntut.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: