02 August 2021

ISU DAKWAAN 'ROGOL' - SHUK AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG



"Nak buat macam mana, tengah-tengah tiada kerja, tiada duit, orang pula buka aib. Apa yang lepas biarkan berlalu. Jangan jadikan masa silam orang sebagai satu ugutan.

"Balai polislah cerita," itulah pelawakdan pengacara Shuk Sahar apabila dia bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera telah membuat satu laporan polis malam tadi, berhubung sepotong video yang didakwa menyerupai sosoknya dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah bilik hotel tersebar dipercayai didedahkan bekas kekasihnya.

Nama Shuk kembali bergelegak apabila kekasih gelapnya mendedahkan menerima mesej daripada wanita mendakwa hampir dirogol oleh pengcara 'I Can See Your Voice Malaysia' itu. Menerusi paparan mesej dikongsikan oleh Fara Salleh di laman Instagram, wanita tersebut mendakwa pernah cuba dirogol oleh Shuk.

Dakwa wanita tersebut, dia sudah pun membuat laporan polis namun menarik semula laporan berkenaan kerana kasihankan pelawak tersebut. Fara turut memuat naik laporan polis yang dibuat oleh wanita berkenaan. Menerusi laporan berkenaan dalam kejadian berlaku pada 13 Februari lalu, wanita itu mendakwa diajak oleh Shuk untuk lepak di hotel terletak di Bukit Bintang.

Klik untuk gambar besar



Wanita turut mendakwa, Shuk yang ketika itu dalam keadaan mabuk telah mencabulnya dan meraba bahagian dadanya. Wanita itu turut mendakwa pelawak berkenaan memasukkan jari ke dalam kemaluannya. Dalam laporan tersebut, wanita itu mendakwa Shuk masih menghubunginya namun tidak dapat dipastikan laporan itu dibuat bila.

Lagi dakwaan wanita ini, dia membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan dirinya. Difahamkan, menerusi paparan dikongsikan laporan dbuat di Balai Polis Batu Caves.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, bagaimanapun menafikan bahawa video tersebut adalah video yang baharu dirakamkan. Perkara tersebut diluahkan Shuk dalam sebuah video perbualan bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera dalam InstaStory.



"Okay itu video baru atau lama?" soal Sera. - "Takkan video baru. Kitakan sedang keluar berdua. Lagi pun badan saya tengah gemuk sekarang ini," jawab Shuk ringkas.

Dalam satu hantaran berbeza, Shuk menyifatkan pendedahan berani wanita sebagai salah satu bentuk promosi diri untuk mencari pendapatan selepas kehilangan mata pencarian.

Perkara sama turut dikongsikan Sera menerusi hantaran dalam InstaStorynya dengan memberitahu, dia bersama Shuk akan membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.



"Seperti yang mungkin sudah diketahui semua. Sekarang ini tersebar banyak cerita yang tidak enak dan tohmahan sehingga mengancamkan keselamatan suami dan keluarga saya.

"Bagi saya tindakan ini keterlaluan dan kami terpaksa mengambil tindakan undang-undang. Saya tidak mahu komen apa-apa, biar peguam dan pihak berkuasa yang siasat perkara inbi," ujarnya tegas.

Dalam InstaStory sama, Sera turut berkongsi penjelasan bersama peguamnya, Haziq Subhi: "Kami dalam proses penelitian. Saya percaya anak guam saya (Shuk dan Sera) telah dianiaya dan terdapat elemen unsur fitnah," jelasnya.

Untuk makluman, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun. Akibat kontroversi rumah tangga yang dianggap mencemarkan imej karier, Shuk menerima padah apabila dipecat daripada terus menjadi penyampai Hot FM.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: