01 August 2021

RM50,000 BUKAN PAK CIK SEORANG - MK K-CLIQUE PECAHKAN KEPADA PIHAK MEMERLUKAN



Sebelum ini, penyanyi rap, MK K-Clique menerusi laman Instagram miliknya telah berhasrat memberikan wang sebanyak RM50,000 kepada seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur selepas berang dengan tindakan biadab seorang lelaki seperti yang tular, baru-baru ini.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, dia tidak menyerahkan RM50,000 kepada pak cik itu seorang tetapi dia bersama pihak pengurusannya bersepakat untuk mengagihkan wang dijanjikan berkenaan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

"Saya nak jelaskan yang saya tak serah bulat-bulat wang sebanyak RM50,000 kepada pakcik itu di atas faktor-faktor tertentu. Kami pecahkan rezeki pakcik itu kepada pihak-pihak tertentu yang lain.

Klik untuk gambar besar



"Saya bersama pihak pengurusan telah pun berurusan dengan pusat transit yang didiami pakcik terbabit dan Insha-Allah dalam masa terdekat akan diusahakan seperti sudah dibincang oleh kedua-dua belah pihak," katanya.

Menurut MK, dia berharap segala kekeliruan berhubung kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini terjawab dan tiada perkara berbangkit: "Saya perlu jelaskan perkara ini supaya tiada yang salah faham. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan pakcik itu," ujarnya.

Terdahulu, MK meluahkan hasratnya untuk memberi wang tunai sebanyak RM50,000 kepada seorang warga emas apabila mengetahui individu itu ditawarkan RM50 kerana berani tampil ke hadapan.



Bagaimanapun, perkongsian MK di Insta Story mengenai pemberian RM50,000 itu telah dipadamnya. Malah, menerusi Insta Story berbeza MK memohon maaf kerana terlalu emosi apabila melihat warga emas berkenaan diperlakukan sebegitu.

Dalam pada itu, MK turut berkongsi video ketika bertemu dengan warga emas dikenali sebagai Pakcik Hadi di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur untuk bertanya khabar, baru-baru ini.

Perkongsian MK mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji tindakan MK yang sudi menyantuni warga emas itu selain menjadi contoh terbaik kepada anak muda lain.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: