14 August 2021

ALHAMDULILLAH - ALIFF AZIZ DAPAT HIDAYAH, SERTAI TABLIGH



Nama Aliff Aziz sebelum ini sememangnya tidak pernah lekang apabila pelakon dan penyanyi berasal dari Singapura ini terlibat dengan pelbagai cerita kontroversi.

Siapa sangka penyanyi lagu 'Sayang Sayang' ini akhirnya diberi hidayah apabila ditunjukkan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah apabila menyertai jemaah tabligh.

Berkongsi cerita ketika dia mendekati jemaah tabligh, Aliff berkata Instagram menjadi asbab untuk dia mula mengenali agama Islam selepas melihat perkongsian Faizal Ismail (FBI).

"Nak dijadikan cerita pada mulanya saya tengok ruangan explore di Instagram..macam-macam orang post. Tiba-tiba terlintas perkongsian abang Faizal Ismail (FBI), dia pun dah pakai kopiah.. saya pun tengok IGTV dia sampai habis. Pada waktu tu tak tahu apa yang gerakkan hati saya..saya sendiri hantar DM di Instagram Dakwah Tabligh Malaysia," katanya.

Klik untuk gambar besar



Menurut Aliff, beberapa hari selepas berhubung dengan seorang wakil daripada jemaah berkenaan, dia dipelawa untuk keluar selama tiga hari. Bagaimanapun, Aliff diuji apabila hatinya mula goyah serta cuba mencari alasan untuk tidak turut serta. Ujarnya secara tiba-tiba dia teringat mempunyai temujanji dengan doktor hingga sanggup membatalkan hasratnya itu.

"Tapi akhirnya apabila saya fikir balik, tiada siapa pun yang paksa. Maksudnya Allah yang gerakkan hati saya untuk DM tabligh. Saya fikir dan terus nekad untuk turut serta. Kalau saya tolak peluang ini, saya tak boleh nak salahkan kalau tak dapat apa yang dia nak bagi," ujarnya.

Dalam pada itu, suami kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah itu berkata dia gembira menyertai jemaah tersebut yang melayannya dengan baik serta dapat belajar mengenali diri dan Allah.



"Mereka layan dengan baik tanpa menghiraukan latar belakang atau pangkat, tak menilai atas status kita. Allah bagi sedikit rasa manis.. Masyallah. Tapi hakikatnya mana mungkin yang mendengar rasa apa yang kita rasa," jelas

Sebelum ini, Aliff pernah mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya kes curang, mabuk, berkelakuan tidak senonoh di tempat awam serta mencuri.

Untuk makluman, Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Ayden Adrian, 3, serta Ara Adreanna yang kini berusia setahun.

Pasangan ini pernah bercerai pada pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun rujuk kembali ketika Bella dalam tempoh edah.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: