14 August 2021

SITI ELIZAD KINI MULA BERTUDUNG, AKUI BELUM SEMPURNA



"Saya sedar saya tidak sempurna, ada juga bahagian yang saya belum tutup," itulah kata pelakon Siti Elizad yang meluahkan perasaan sedih apabila wujud segelintir netizen yang mempertikaikan niatnya apabila tidak menutup aurat dengan sempurna apabila dia tekad membuat keputusan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dalam penampilannya.

Pada Jumaat, Elizad memuat naik sebuah foto yang memperlihatkan dia memakai turban. Namun begitu, Elizad juga terpaksa menutup ruangan komen apabila menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang menegur gaya pemakaian tudungnya itu. Kata Elizad, apa yang dilakukan itu sebagai langkah pertama hijrahnya.

"Saya takut orang cakap saya berhijab untuk nampak baik. Saya berhijab bukan untuk orang nampak saya sempurna, saya masih tercari-cari dan terus doakan saya. Umur dah 37 tahun, masa horay-horay waktu muda dulu Allah dah bagi lama sangat," jelasnya lagi.

Meskipun menutup ruangan komen posting foto tersebut, menerusi Insta Story, Elizad berkata dia menerima banyak komen kecaman yang menegur penampilannya yang menampakkan bahagian leher.

"Allahuakbar, elok je ustaz, ustazah tinggalkan komen mendoakan lebih baik dan istiqomah. Yang beberapa netizen ni, ada je tak kena. Ya tahu, belum sempurna. Jadi mekasih di atas komen-komen yang serba serbi tak kena. Jangan merasa diri kita lebih baik daripada orang lain," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Lama memasang niat untuk berhijab, Elizad atau nama penuhnya Elizad Mohamad Sharifudin berkata dia memilih awal Muharam atau 10 Ogos lalu sebagai tarikh yang paling sesuai untuk memulakan penghijrahannya.

"Sebenarnya semasa Awal Muharam hari tu, jatuh pada hari Selasa saya mula mengenakan shawl ni dan persediaan lebih awal tu memang dah ada. Masa duduk-duduk di rumah, saya terima bungkusan dari husband, dia ada bagi shawl tapi tak bagi hint apa pun atau suruh saya pakai.

"So saya sarungkan kat kepala. Saya tanya pada husband cantik ke saya pakai tudung, husband kata lagi cantik. So saya bawa pergi kerja la dan permulaan yang baik untuk saya pakai sampai hari ni.

"Saya sedar saya tidak sempurna, ada juga bahagian yang saya belum tutup. Saya takut orang cakap saya berhijab untuk nampak baik. Saya berhijab bukan untuk orang nampak saya sempurna, saya masih tercari-cari dan terus doakan saya.



"Umur dah 37 tahun, masa horay-horay waktu muda dulu Allah dah bagi lama sangat," ujar pelakon Elizad Mohamad Sharifudin akhirnya tekad membuat keputusan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dalam penampilannya.

Tambah penyampai radio Sinar FM ini lagi, semasa pemergian Allahyarham Siti Sarah pada 9 Ogos lalu dia juga menerima hadiah tudung namun tidak berkesempatan untuk memakainya. Ujarnya, dia menerima hadiah itu awal pagi selepas pemergian arwah dan menganggap itu hadiah terakhir untuknya.

"Ketika Sarah pergi dia ada bagi saya tudung cumanya saya tidak berkesempatan untuk buka. Pukul 5.13 pagi dia meninggal, kira-kira pukul 7.30 pagi tu juga tudung sampai depan rumah. Dia kawan yang baik, dan bukan pakai tudung sebab dia, memang dah lama dah ada niat," kongsinya.

Semalam, Betty Rahmad berkongsikan tentang penghijrahannya dan pelakon Izara Aishah dilihat memuat naik fotonya bertudung labuh serta sudah pun memadam fotonya tidak bertudung.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: