13 August 2021

BUANG GAMBAR LAMA - IZARA AISHAH TAMPIL BERTUDUNG LABUH



Pelakon Izara Aishah menerusi muat naik terbaru di laman Instagram miliknya telah berkongsi gambar terkini dirinya tampil sopan dan bertudung labuh.

Menerusi entri itu, Izara berkongsikan beberapa keping gambarnya berhijab namun pelakon itu menutup ruangan komen posting tersebut. Perkongsian tersebut menjadi perhatian ramai. Namun,

Lebih menimbulkan persoalan apabila pelakon itu bertindak memadam gambar-gambar lamanya yang tidak bertudung di Instagram sekaligus mencetuskan spekulasi dikalangan netizen.

Baru beberapa jam dikongsikan, foto yang dimuat naik tanpa kapsyen itu meraih lebih 175,000 likes. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Izara.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: