13 August 2021

SHUIB TIDAK TAHU IBADAH KORBAN ARWAH SITI SARAH DI GAZA



"Jujurnya, saya takut nak bercerita, risau dikatakan berlebihan berkongsi kebaikan arwah. Namun, saya kongsi juga kerana saya percaya Allah hendak tunjuk satu demi satu kebaikan supaya kita percaya amal baik dan sedekah. Hari ini (semalam) saya terima satu nota suara ini. Ketika itu, saya amat merindui, keadaan saya 'koyak' teruk sambil menangis duduk atas kerusi yang arwah suka duduk, setiap pagi.

"Ia adalah nota suara seorang wanita yang menceritakan mimpi anaknya. Wanita ini beritahu anaknya mengejutkannya jam 4 pagi semalam (kelmarin) untuk menceritakan mimpinya. Dia nampak seorang kakak baru sampai, seperti terpinga-pinga melihat sekeliling dan duduk atas kerusi. Kemudiannya, ada ramai kanak-kanak datang menyerbunya.

"Anak itu beritahu kenal kanak-kanak menyerbu kakak berkenaan, itulah kanak-kanak Palestin. Ketika dikelilingi kanak-kanak Palestin, dia sempat berbual dengan kakak ini. Kakak ini memberitahu namanya Sarah. Kemudiannya, mereka membawa kakak ini berjalan-jalan melihat kawasan sambil naik dan minum lembu susu bersama," cerita pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu.

Sejak pemergian isterinya Allahyarham Siti Sarah pada Isnin lalu, Shuib berkata satu persatu perkara Allah tunjukkan kepadanya setiap hari. Shuib mendedahkan, dia tersentuh apabila menerima nota suara wanita tidak dikenali menerusi seorang rakan yang menceritakan anak lelakinya bermimpi bertemu arwah Siti Sarah di kawasan yang indah.

Menurut Shuib, dalam mimpi tersebut kanak-kanak lelaki itu sampai ke satu tempat indah, di mana tidak pernah melihat kawasan secantik itu dan ternampak seorang kakak baru sampai.

Klik untuk gambar besar



Kata Shuib lagi, kanak-kanak itu bertanyakan kepada ibunya adakah dia mengenali siapa Sarah dan ibunya menunjukkan wajah arwah kerpada anaknya, lantas budak itu memberitu itulah kakak yang ditemuinya dalam mimpi tersebut.

Berkongsikan perkara itu dalam selepas majlis tahli dan bacaan Yassin untuk Allahyarhamah Siti Sarah, semalam, Shuib berkata dia tidak tahu isterinya terbabit dalam program ibadah korban di Gaza.

"Dalam diam, arwah buat sendiri dan saya tidak tahu ibadah korban yang dibuat di Gaza. Arwah ada juga buat ibadah korban di Puchong. Saya pernah dengar, apabila melakukan ibadah korban, tunggangan kita di akhirat nanti adalah haiwan dikorbankan seperti lembu. Jadi, mimpi diceritakan wanita ini membuatkan saya terfikir soal amalan arwah," katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mendedahkan Allahyarham Siti Sarah menyertai program ibadah korban di Gaza yang mana seekor lembu dibayar dengan harga belasan ribu ringgit.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: