14 August 2021

"KEMUNGKINAN DIA (ABANG IPAR SHUIB) KELUAR HOSPITAL BEBERAPA HARI LAGI" - IBU TIRI



Kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, Selangor akibat Covid-19, abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ahmad Firdous masih belum dibenarkan pulang ke rumah.

Ibu tirinya, Siti Fatimah Suberi bagaimanapun memaklumkan keadaan kesihatan Firdous kini bertambah baik. Menurut Siti Fatimah, Firdous kemungkinan akan ditahan wad untuk beberapa hari kerana doktor mahu memantau tahap kesihatannya.

"Alhamdulillah tahap kesihatannya semakin baik. Kami satu keluarga baru saja membuat panggilan video dengannya hari ini. Kalau sebelum ini keadaannya agak lemah dan tidak boleh banyak bercakap, tapi kali ini pertuturannya semakin jelas dan lancar.

"Kemungkinan untuk dia keluar hospital ambil masa beberapa hari lagi. Ini kerana, saya dimaklumkan doktor mahu memantau keadaan kesihatannya supaya dia tiada sebarang penyakit atau jangkitan lain.

Klik untuk gambar besar



"Insha-Allah semuanya akan baik-baik saja. Saya percaya dia kuat dan boleh melawan penyakit ini supaya boleh dibenarkan pulang bertemu keluarga," katanya.

Terdahulu, Firdous ditidurkan di ICU hospital berkenaan berikutan kondisi paru-parunya tidak baik. Malah, doktor memaklumkan situasi yang dialami Firdous hampir sama dengan Siti Sarah sebelum ini.

Bagaimanapun, semalam Firdous sudah sedarkan diri dan menunjukkan perubahan positif apabila mampu mengukir senyuman dan membuat panggilan video dengan isteri, bapanya Raissuddin Hamzah dan adik iparnya, Shuib.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: