14 August 2021

"KAU MASIH PINJAMKAN DIA BUAT KAMI..." - WAWA BERSYUKUR AERIL SEMBUH COVID-19 KALI KEDUA



"Alhamdulillah, Aeril sudah habis kuarantin. Dua kali positif Covid-19 tahun ini. Terima kasih Ya Rabb, Kau masih pinjamkan dia buat kami. Pinjamkanlah kesayanganku ini Ya Rabb sehingga ke hari-hari tua kami. Amin ya rabbal alamin," demikian ujar pelakon Wawa Zainal yang meluahkan rasa syukur apabila suaminya, pelakon Aeril Zafrel kini bebas daripada jangkitan Covid-19 buat kali kedua.

Aeril yang sembuh daripada jangkitan virus berbahaya itu disambut dengan gembira dan meriah oleh isterinya serta anak-anak mereka. Aeril sebelum ini menjalani kuarantin kendiri di kediamannya selepas disahkan positif Covid-19 kali kedua pada 4 Ogos lalu.

Menerusi satu hantaran terbaharu di laman Instagram, Wawa memuat naik sebuah video memaparkan dia dan tiga anak-anaknya iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7; Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5; dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun lapan bulan menunggu Aeril turun dari bilik sambil memegang sebiji kek.

Dalam perkongsian itu, Aeril dilihat bergegas turun ke ruang tamu dan mengucup dahi isterinya selain mendukung anak-anaknya yang gembira melihat dia kembali sihat.

Klik untuk gambar besar



Menurut Wawa, dia berpesan kepada peminatnya supaya menghargai insan tersayang selagi masih diberi peluang untuk mencipta memori bersama-sama.

"Hargailah pasangan selagi masih ada. Ciptalah memori indah bersamanya. Terima kasih Allah. Semoga kita semua dipelihara dan dilindungi daripada Covid-19 yang semakin mengganas," katanya.

Terdahulu, Aeril mendedahkan dirinya sekali lagi dijangkiti virus berkenaan selepas kali pertama positif pada Januari lalu. Wawa menerusi perkongsiannya pada 6 Ogos lalu memaklumkan dirinya dan tiga anak mereka negatif Covid-19.













         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: