"Pagi tadi bangun tidur… termenung kejap. Terfikir kalau baby dah balik rumah, dia nak minum susu macam mana.
"Teringat kata-kata arwah… dia suruh saya yang jaga baby sebab tak nak bersengkang mata.
"Sebab tiga orang anak kami, memang dia yang banyak jaga. Masa itu terfikir kalau tak larat, dia masih ada. Tapi rupa-rupanya memang betul saya kena jaga seorang diri.
"Memang fasal susu ini buat saya termenung juga. Sebab sekarang doktor kata baby minum susu tepung tapi kalau ada susu ibu, boleh bawa ke hospital. Itu dah soalan cepumas… susu siapa pula nak bagi.
"Ramai orang yang tawarkan termasuk Samtilla (Syatilla) pun ada. Bila fikir balik, kena juga tahu orang itu minum apa… nanti jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dahulu," begitulah komen Shuib Sepahtu mengenai susu baby barunya Ayash Affan selepas kehilangan isteri tercinta, Allahyarham penyanyi Siti Sarah.
Terdahulu, pegawai perubatan berusaha untuk mendapatkan gambar dan video anaknya untuk ditatap memandangkan keadaan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berisiko tinggi Covid-19.
Klik untuk gambar besar
"Sepatutnya hari ini dapat berjumpa tapi lebih kurang 11 pagi tadi pengarah HCTM hubungi saya beritahu kata dah berbincang dengan doktor lain… keadaan di sana tidak sesuai sekarang sebab risiko Covid-19 tinggi.
"Untuk lebih selamat, dia terpaksa tunda lagi. Tapi dia tetap akan cuba dapatkan gambar dan video baby. Anak-anak pun dah tanya bila dapat tengok, saya lagi la nak tengok baby.
"Alhamdulillah keadaan dia stabil dan berat dia pun dah lebih 1.8 kilogram. Cuma waktu sekarang tidak sesuai untuk ambil gambar, doktor bimbang saya akan sedih.
"Tapi doktor akan cuba untuk ambil gambar baby. Insya-Allah dalam sebulan lebih lagi, baby mungkin akan balik ke rumah lagi," tambahnya ketika majlis bacaan tahlil secara maya hari ketiga buat Siti Sarah yang diketui oleh Ustaz Fakhrul UNIC dan bacaan doa daripada Ustaz Tarmizi Abdul Rahman diikuti tazkirah oleh Ustaz Shahrizan.
________________________
No comments:
Post a Comment