12 August 2021

DRAMA MINI ‘SAGA’ KETENGAH SUKAN TEMPUR MMA



Drama mini bersiri ‘SAGA’ ialah sebuah naskhah asal bertemakan pertarungan seni bela diri campuran atau Mixed Martial Arts (MMA) terbitan syarikat produksi MediaCorp TV Singapore Pte. Ltd. yang berpangkalan di Singapura.

Plot penceritaan drama ini berkisarkan kegiatan mengatur perlawanan dan aktiviti pertaruhan haram yang melibatkan sukan tempur MMA. Meskipun sarat dengan aksi lasak, kisah ini turut menggabungkan elemen drama kekeluargaan dan pengorbanan dalam naratif penceritaan mengusik jiwa yang penuh mendebarkan.

Konsep asal dan skrip drama mini empat episod ini diilhamkan oleh Amanah Mustafi serta turut mendapat sentuhan Faisal Ishak selaku pengarah.

Klik untuk gambar besar



Drama ‘SAGA’ diterajui oleh barisan bintang popular kelahiran Kota Singa seperti Dato’ Aaron Aziz, Nick Mikhail, Jeff Catz, Nadiah M. Din, Syarif, Shahrin Azhar, Imam Shah dan Hamidah Salim. Lebih istimewa lagi, drama ini turut diserikan dengan penampilan khas oleh Allahyarham J A Halim.

‘SAGA’ bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 11 Ogos 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD dan Astro Ria serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: