12 August 2021

COVID LEVEL 4 - ABANG IPAR SHUIB DIPINDAHKAN KE ICU



Abang kepada arwah Siti Sarah iaitu Ahmad Firdaus Raissuddin yang dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor, gara-gara tahap oksigen rendah, kini telah dipindahkan ke ICU.

Untuk info, semalam tahap oksigen abang ipar pelawak Shuib itu menurun, justeru Shuib memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan abang iparnya itu.

"Pindah ICU. Masih bertahan melawan covid 19 level 4," tulis Ahmad Firdaus di Facebooknya.

Sebagaimana arwah adiknya Siti Sarah, jom kita doakan agar abangnya juga tabah melawan penyakit covid level 4 tersebut dan diberi kesembuhan oleh Allah SWT.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: