19 August 2021

DAKWAAN KES GANGGUAN SEKSUAL - EBIT LEW MAAFKAN SESIAPA YANG CUBA JATUHKANNYA



"Saya hadir memberi kerjasama sebagai saksi kepada kes ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis. Fitnah yang saya terima ini begitu kejam dan melampau namun saya maafkan mereka yang cuba menjatuhkan saya.

"Apa yang jadi tidak mematahkan semangat untuk teruskan usaha untuk membantu dan membuat kebaikan sampai bila-bila, sampai mati," itulah kata pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang mengesahkan dirinya hadir sebagai saksi kes gangguan seksual dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berkenaan kes fitnah melampau terhadap dirinya.

Menyifatkan fitnah tersebut amat melampau, Ebit Lew berkata beliau memaafkan pihak yang cuba menjatuhkan dirinya dan ia tidak mematahkan semangatnya untuk membuat kebaikan.

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila seorang pendakwah terkenal dipanggil Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk membantu siasatan kes gangguan seksual.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: