19 August 2021

FAZLI ZAINAL BERANSUR PULIH: "ALHAMDULILLAH... TERIMA KASIH ATAS DOANYA SEMUA"



"Alhamdulilah beransur pulih dan nampak progress. Sabar yer semua, Alhamdulilah saya sangat ok. Terima kasih atas doanya semua," demikian tulis penyanyi Fazli Zainal yang berkongsi perkembangan tahap kesihatan terkini dirinya dimana dia semakin beransur pulih dan bertambah baik, selepas bertarung dengan jangkitan wabak Covid-19.

Fazli atau nama sebenarnya Fadzli Zainal memaklumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya. Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim dengan lagu berjudul 'Harapan' ini menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan buat dirinya.

Sebelum ini, Fazli telah sah dijangkiti wabak Covid-19 beberapa minggu yang lalu dan dikejarkan ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur selepas paras oksigen dalam tubuh badannya menurun ke 75 peratus. Selepas itu, Fazli dimasukkan ke Unitr Rawatan Rapi (ICU) bagi meningkatkan kembali paras oksigen dalam tubuh badannya.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: