Takziah kami ucapkan kepada keluarga Wani Comel atas pemergian yang meninggal dunia semalam akibat jangkitan Covid-19. Allahyarham sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai selepas kisah berat badannya yang mencecah 300 kilogram (kg) tular di media sosial.
Sementara itu, jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri berdepan kemelut dengan Allahyarham Wani Comel tahun lalu itu telah memaafkan arwah dan tidak mahu insiden salah faham tersebut diperkatakan lagi.
Aliff dalam masa sama, turut mengucapkan takziah kepada keluarga arwah serta mendoakan agar Allahyarham Wani ditempatkan di kalangan orang beriman.
Klik untuk gambar besar
"Saya maafkan segala yang berlaku. Mungkin ada hikmah di sebalik insiden tersebut. Semoga Allahyarham di tempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.
"Saya juga mohon, apa yang berlaku antara kami biarlah sampai di situ sahaja. Tidak ada yang mengungkit dan memperbesar isu itu lagi," katanya.
________________________

No comments:
Post a Comment