19 August 2021

MAS KHAN BERSYUKUR DAPAT MILIKI PORSCHE ATAS BERKAT DOA IBU



"Syukur Alhamdulilah terima kasih ya Allah. Ini berkat doa ibu, berkat saya manjakan ibu dan bapa saya, berkat saya gembirakan keluarga. Rahmat ini saya dapat, nikmat ini semua kerana Dia (Allah). Betul Tuhan tak biarkan hamba-Nya sendirian, dengan usaha semata-mata kita boleh ubah hidup kita sekelip mata dengan izin-Nya dan berkat keluarga kita.

"Yang penting kalau kita berkehendak inginkan sesuatu, kita mampu capai. Insha-Allah," kata pelakon Mas Khan yang berkongsi berita membanggakan itu menerusi satu hantaran status dalam miliknya.

Mas Khan atau nama lengkapnya, Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 27, memberitahu, berkat doa ibu tersayang, dia kini memiliki sebuah kereta mewah jenama Porsche yang dianggarkan bernilai lebih setengah juta ringgit Malaysia.

Klik untuk gambar besar



Pelakon Abang Long Fadil 2 itu berkata, rezeki yang dikurniakan itu adalah berkat membahagiakan orang tua terutama ibunya. Tambah Mas Khan, bukan kereta mewah berkenaan yang ingin digembar-gemburkan tetapi percaya bahawa sifat sabar adalah kunci kepada segala kejayaan dalam kehidupan.

"Sabarlah dalam perjuangan, sabarlah bila jatuh dan sabarlah apabila hendak meniti jalan, yang menang selalu pada akhir cerita. Bukan Porsche yang ingin saya sampaikan, tapi nilai kereta berkenaan yang buat saya menilai hidup dari perspektif yang berbeza," ujarnya yang turut mendedahkan nombor pendaftaran kenderaan yang tertera namanya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen positif dengan ucapan tahniah dalam ruangan komen perkongsian status berkenaan.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: