20 August 2021

IBU MASIH DITIDURKAN - SYAMEL BERDEBAR TERIMA PANGGILAN PIHAK HOSPITAL



Penyanyi Syamel memberitahu sudah hampir dua bulan ibunya, Wan Faaizah Karim, 55, yang terpaksa ditidurkan akibat kekurangan oksigen dalam badan itu menerima rawatan di sebuah pusat perubatan, di sini.

"Setiap kali terima panggilan daripada pihak hospital, saya sangat takut dan berdebar untuk mengetahui perkembangan terkini umi. Setakat hari ini bacaan oksigen dalam badannya menurun sehingga 55 peratus. Malah, doktor beritahu umi masih ditidurkan untuk mengehadkan pergerakan dan menstabilkan keadaannya yang mengalami sesak nafas," katanya ketika dihubungi.

Menurut Syamel, apa yang diharapkan kini adalah untuk melihat ibunya balik ke rumah: "Tiada apa yang saya harapkan sekarang ini selain ingin melihat dia berada di rumah. Saya rindukan umi dan nak dia sihat seperti biasa," ujarnya.

Penyanyi lagu 'Lebih Sempurna' itu juga reda tidak dapat melawat ibunya di hospital disebabkan situasi pandemik Covid-19 ketika ini. Terdahulu, Syamel menafikan ibunya dijangkiti Covid-19 dan tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang serius dan ini pertama kali dia dimasukkan ke wad sepanjang kehidupannya.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: