20 August 2021

POLIS NAFI GELEDAH RUMAH USTAZ EBIT LEW, TAPI HANYA PEMERIKSAAN



"Kita buat pemeriksaan bukan penggeledahan atau serbuan di rumah itu. Ia prosedur biasa polis bagi menyiasat sesuatu kes. Setakat ini, saya tidak dapat sahkan sama ada kita membuat sebarang rampasan atau tidak di rumah itu.

"Kes giat disiasat," jelas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datul Seri Abd Jalil Hassan yang tampil menafikan terdapat serbuan dan aktiviti penggeledahan di rumah pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan hanya pemeriksaan untuk melengkapkan kertas siasatan kes gangguan seksual dan berkata prosedur itu adalah perkara biasa dan sebahagian daripada proses siasatan.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, polis mengesahkan pendakwa itu didakwah di atas Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ebit Lew turut kelihatan hadir sama bersama peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican dan memaklumkan kepada media bahawa kes berkenaan adalah satu fitnah yang sangat kejam dan melampau.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: