14 August 2021

IBU SUSUAN AYASH AFFAN - NETIZEN CADANG SARI YANTI



Semua sedia maklum, pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu sedang mencari ibu susuan untuk anak keempatnya, Ayash Affan, selepas pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah pada Isnin lalu.

Menerusi satu temubual, Shuib memaklumkan ramai yang menawarkan diri untuk menjadi ibu susuan Ayash, namun dia perlu merujuk kepada ustaz terlebih dahulu mengenai perkara itu.

Melihat pada ruangan komen video itu, rata-rata netizen mengagumi dengan sikap Shuib yang sudah memikirkan mengenai bayinya itu serta bertanggungjawab menggalas tugas arwah isterinya.

Dalam pada itu, ada netizen mencadangkan Sari Yanti adalah individu paling tepat untuk menjadi ibu susuan Ayash apatah lagi Shuib mempunyai hubungan rapat dengan pelawak Jep Sepahtu. Tambah lagi, Sari Yanti mempunyai anak yang masih kecil yang dilahirkan pada bulan Mei lalu.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, pendakwah bebas, Ustaz Haslin Baharim telah tampil menasihatkan Shuib supaya mencari ibu susuan yang memiliki akhlak yang baik.

"Carilah mana-mana wanita (Islam) pun asalkan akhlaknya baik. Jika boleh, minta perkenan daripada suami wanita itu juga. Pastikan bayi diberi susu sekurang-kurangnya lima kali kenyang dan tak ada khilaf, maka termeterailah secara automatik dia sebagai ibu susuan," katanya.

Apapun, ini hanyalah pandangan daripada netizen sahaja. Semoga Shuib terus kuat menggalas tanggungjawab ini untuk membesarkan keempat-empat anaknya itu dengan baik.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: