24 August 2021

KES FARID KAMIL - DENDA GANTI HUKUMAN PENJARA



Selepas menzahirkan kekesalan dengan perbuatannya dan memohon maaf ketika perbicaraan berlangsung, akhirnya Farid Kamil yang sebelum ini dihukum penjara 13 bulan, digantikan dengan denda sebanyak RM5,500.

Ia selepas mahkamah bersetuju untuk menggantikan hukuman penjara kepada denda bagi kesalahan melibatkan kekerasan jenayah kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan.

Semuanya selepas mengambil kira perayu telah membayar pampasan dalam bentuk kompaun kepada dua pihak, termasuk anggota polis terbabit.

Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor di Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Farid terhadap hukuman tersebut, lapor Free Malaysia Today.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: